Tuesday, October 25, 2011

Homemade chicken sausages

Hello...I am going to write this recipe in Bahasa Malaysia as requested by some of my friends.

Bahan-bahan:
300g ayam cincang (boleh guna mana2 daging)
1 biji  bawang besar, di parut halus
1 biji putih telur
3 sudu besar tepung sagu
1 sudu besar lada hitam
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan. Gaul rata.
2. Dengan menggunakan plastik aiskrim, isi daging ke dalam nya.
3. Padatkan dan ikat. Jangan terlalu panjang. (sila lihat contohnya). Kemudian, cucuk di sekeliling plastik tadi menggunakan toothpick (supaya mudah utk menanggalkan nya nanti).
4. Kukus menggunakan api sederhana. Jangan guna api terlalu besar. Kukus sehingga masak.
5. Bila sudah masak, keluarkan dan sejukkan sedikit.
6. Gunting plastik dan keluarkan perlahan-lahan. Ketepikan.
7. Panaskan kuali non-stick dan cairkan 2-3 sudu mentega atau marjerin, ikut suka.
8. Goreng sosej tadi dengan api sederhana.
 9. Jangan guna teknik deep frying kerana sosej akan menjadi berminyak.

Senangkan...(hopefully my BM is ok)...sila lah mencuba!

No comments:

Post a Comment